Tuesday, January 15, 2013

Tips untuk menceriakan dan bahagia dalam hidup...

Assalamualaiku ya akhi& ukhti sekalian..

Moga ceria2 sentiasa..macam Nad hari nie...senyum 2 kalau boleh ke telinga dah sampai lama dah...hehe..sbb ada dua perkara yang membahagiakan berlaku dalam hidup Nad hari nie...hehe..rahsia..kekeke

Tapikan... satu yang x syoknya pagi tadi punya lah excited nak wat presentation on my final drawing project for sem 1..then tunggu punya lah tunggu...sampai satu msg kata kelas kitaorg start kul 2..mmg terbaikkan.....dengan perut yang mendendangkan rap..pegi makan roti canai sekeping..mana ler nak tahan sampai petang..abeh je present kul 4 stengah 2..terus chow pegi makan nasi kukus with my friends..last makan2 untuk sem nie..sem depan ada lagi..hehe..

Oleh kerana Nad stress+ terlebih happy(org happy pown bley strees okeyhh...)... meh nak bagi tips on menceriakan dan bahagia dalam hidup...Nad x ingat amek kat mana sbb Nad biasa prepare bahan nak post..so lupa nak save web mana Nad bedal fakta nie..huhu...sory la ek...n one more thing is..Nad x bley nak upload gambar sbb line slow sesangat macam siput sedut..huhu sori la ek...

TIP UNTUK MENCERIAKAN DAN BAHAGIA DALAM HIDUP...

KEPERIBADIAN
 
1. Jangan membandingkan hidupmu dengan orang lain.Perjalanan hidup setiap org berbeza2..jangan nak cakap dia 2 kenapa dia hidup senang..kita susah..mana tau dengan susahnya kita 2 kita lebih  bersyukur dengan apa yang ada..
 

2. Jangan punya pemikiran negative yang tidak boleh anda kendalikan. Lebih baik laburkan pada hal-hal yang positif.
 

3. Jangan terlalu berlebihan. Ingat batasan yang ada pada diri anda.
 

4. Jangan terlalu serius. Tak ada seorang pun yang melakukannya. Ok yang nie kena kat Nad..bukan serius tapi bila topic 2 kita kena serius ...jgan memain pulak ek...
 

5. Jangan menghabiskan waktu anda untuk gossip. Buang masa n tenaga keyh..penat2 korang makan habiskan tenaga dengan sia2..huhu
 

6. Lupakan hal yang telah lalu. Jangan mengingati kesalahan pasangan di masa lalu, yang menghalang kebahagiaanmu di masa akan datang.
 

7. Hidup ini sangat pendek untuk membenci orang lain. Jangan membenci. Orang yang suka benci kat org lain nie mmg x bape nak tenang hidup dia tau..huhu
 

8. Berdamailah dengan masa lalumu sehingga itu tidak merosakkan masa depanmu.
 

9. Tidak ada yang bertanggung jawab atas kebahagiaan anda selain diri anda.Korang yang tentukan korang nak bahagia ke derita..so..fikirkanlah ek...
 

10. Sedarilah bahawa hidup itu adalah sekolah dan anda hadir di dunia untuk belajar. Belajarlah selagi korang mampu...
 

11. Senyum dan tertawalah sebanyak mungkin. Tapi jangan terlampau kerap...kang ada kena hantar Tampoi..naya2..kekeke


 SOSIAL
 
1. Bicaralah dengan keluarga sekerap mungkin.Kerana keluarga adalah antara orang yang paling memahami korang walaupun korang menafikannya...


2. Setiap hari berilah sesuatu yang baik kepada orang lain.Sedekah merupakan contoh terbaik..pahala dapat...hati pown tenang...


3. Maafkan setiap orang untuk segalanya.Benda nie walaupun pahit untuk dibuat sbb kekadang bukan salah kita pown..tapi maafkanlah mereka..itu merupakan penawar terbaik..insyaallah..


4. Berikan masa untuk mereka yang berusia diatas 70 dan dibawah 6 tahun. Bukankah hormat kat orang tua 2 perlu kerana diorang lebih banyak pengalaman berbanding kita..dan hormat kepada kanak2 perlu kerana mereka lebih suci berbanding kita yang penuh dengan dosa...


5. Cubalah memberi senyum kepada paling sedikit 3 orang setiap hari.Tapi janganlah sbb korang suka kat someone nie korang dok senayum kat diorang je...kami nie macam mana beb....kekeke..


6. Apa yang difikirkan oleh orang lain bukanlah urusan anda. Biarkan orang lain berfikir ..itu pendapat atau pandangan diorang..x guna otak korang pown nak fikir semau 2..k..releks...


7. Pekerjaanmu tidak akan memperdulikan ketika anda sakit. Tetaplah menjalin hubungan dengan teman-teman.
Jgan jadik workholic sangat la kan...sakit pening kawan2 or family korang jugak yang ambil berat..ada pekerjaan korang datang tanya.."hai...sihat ke..dah makan ubat"..confem x de...huhu



Hope dengan info2 nie..bergunala k untuk korang lebih menghargai hidup korang..seterusnya ceria dan bahagia dalam hidup..hehe..esok nad balik umah..Oh ya..To mr arabella..gud luck untuk exam last 17th Jan..jangan stress sangat la k..nnt Nad pown ikut stress..hehe..bkan boleh tngok bestfriend kita stress..kita pown terasa sama kan..hehe...


Nad akan cuti sampai 14/2/2013..so..kalau Nad x de post pape 2 tandanya Nad buzy or broadband nak lmit..k.sori sesangat....salam sayang


Assalamualaikum


lots of love


DIRA DIN ^_^