Thursday, January 17, 2013

Tempat-tempat ziarah di Mekah dan Madinah...

Assalamualaikum ya akhi & ukhti sekalian..

Cerah cuaca hari nie..dah boleh kowt nak jemur2 kain 2...confirm 15 minit dah bley kering..kekeke

Masa Nad buat blog walking tadi sempat terjah blog fatin liyana...n tengok baju kawen maria elena...mak aihhh...amatlah lawa n muslimah..nak macam 2 jugak..huhu..hari 2 cerita pasal kawan Nad yang nak kawen ujung bulan nie kat mama..akibatnya Nad dapat satu jelingan amaran ala2"ko jngn nak gatal kawen masa study...hempuk karang"...wakaka..so explain la kat mama yang anak dia nie belum gatai nak kawen g...calon pown x de nak kawen acane..kekeke

Hmm ..memandangkan my family akan pergi ziarah x lama g..my bro akan pegi bulan 4 nie..jelez weyh.....so kali nie Nad nak update pasal

TEMPAT-TEMPAT ZIARAH DI MEKAH DAN MADINAH...

1.MASJIDIL HARAM
 
    Disini terletaknya Kaabah yang mulia..kiblat sekalian umat islam x kira dia duduk kat mana sekali pown... Satu solat disini menyamai dengan seratus ribu solat.Sebuah masjid yang tertua di seluruh dunia dari zaman Nabi Ibrahim a.s hinggalah ke hari nie..Jangan lepaskan peluang nak pegi sini...apasalahnya kalau dah banyak duit 2...(x banyak pown x pe..simpan sesikit nnt cukup lakan..) ..x payah dop melancong kat eropah ke mana..pegi sini dulu..this place is our priority bila nak melancong..

2.KAABAH

ALLAH S.W.T telah menetapkannya sebagai kiblat.Ia telah dibina oleh Nabi Ibrahim a.s bersama2 puteranya Nabi Ismail a.s serta dibantu oleh  para malaikat..Kaabah bermaksud empat persegi...Doa disana, insyaallah akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t segala permintaan..Banyakkan ibadah terutama berdoa..

3.HIJIR ISMAIL

Tembok pagar yang melengkung,melingkari kawasan separuh bulatan.Ia telah dibina oleh Nabi Ibrahim a.s semasa baginda membina kaabah

4.MAKAM NABI IBRAHIM

Ianya merupakan sebuah batu yang ditutup dengan kaca.Bahagian atapnya berbentuk tirus.Asalnya ia merupakan penganjal bagi Nabi Ibrahim sewaktu membina Kaabah.

5. SAFA DAN MARWAH

Merupakan 2 buah anak bukit yang menjadi tempat mengerjakan Sa'i..Mempunyai perhubungan rapat dengan kisah Siti Hajar mencari air minuman untuk Nabi Ismail a.s

6.TEMPAT LAHIR NABI s.a.w

Ia adalah tempat kelahiran Nabi Muhammad s.a.w..tempat ini sekarang telah dibina sebuah perpustakaan..

7.MA'ALA

Merupakan sebuah perkuburan lama namun masih digunakan hingga ke hari nie..Disini terdapat kubur Saidatina Khadijah binti Khuwailid dan Abdul Mutalib iaitu datuk Nabi..

8.JABAL NUR

Sebuah gunung yang sederhana tinggi lebih kurang 6 km dari Makkah.Di puncaknya  yang agak menurun sedikit terdapat sebuah gua bernama Gua Hira'..tempat dimana turunnya wahyu pertama..

9.ARAFAH

Adalah padang pasir yang luas dikelilingi dengan bukit-bukit...jauhnya kira2 25 km dari Makkah..tempat mengerjakan wukuf iaitu puncak ibadat haji..Dari tempat nie boleh dilihat Jabal Rahmah yang dipuncaknya terdapat tugu puti..Masa Nad pegi dulu ramai yang sibuk tulis nama kat tugu nieyh..sampai hitam kat bawah..huhu..Mengikut riwayat, Nabi Adam dan hawa setelah diturunkan dari syurga telah bertemu di padang arafah dan berkumpul di Jabal rahmah nie..

10.TAN'IM

Miqat yang terdekat bagi mereka yang sudah berada di Mekah kira2 6 km..Disini juga terdapat Masjid Siti Aisyah, kerana beliau melakukan solat dan memulai niat ihramnya disini..



 11MASJID NABAWI


 Masjid asalnya telah dibina oleh Nabi Muhammad s.a.w selain mempunyai kelebihan2 melakukan ibadat di dalamnya, ia juga mempunya kawasa yang dinamakan Raudah dan Makam Rasulullah bersama dua org sahabatnya;Abu Bakar dan Umar r.a

12.RAUDAH

Suatu tempat di dalam Masjid Nabawi yang dibatasi dengan tiang2 putih, ia dianggap sebagai suatu tempat yang mulia, pernah disifatkan oleh Nabi sebagai sebuah kebun diantara kebun2 syurga..


Hope dengan info2 nie semua dapat membantu korang yang still tercari2 mana rupanya tempat idaman setiap muslim...hehe...sampai sini dulu la ek...salam sayang buat semua...

Assalamualamualaikum

lots of love

DIRA DIN^_^

No comments:

Post a Comment