Wednesday, January 9, 2013

Sukarnya menjaga sekeping hati...

Assalamualaikum ya akhi dan ukhti sekalian...

Entry di subuh hari...ehehe...hari nie besday my bestfriend...bestfriend ke...ahakz...bestfriend la jugak...By the way HAPPY BESDAY Mr SYARA...Kekeke..semoga terus sukses dalam hidup...

Alhamdulillah malam tadi selesai sudah satu paper exam...tinggal 2 lagi menanti meminta perhatian dan kasih sayang..ahakz..hehe...perang dalam exam dengan alatnya pen, pensil dan kertas...mmg penat..tangan x penat..tapi otak yang penat..mencari jawapan yang terselit di celahan lipatan otak...otak..otak..(dah macam zombie dah bunyik kekeke...) dengan aircond kalah musim salji...x sampai 2 jam Nad dah kuar...sejuk sesangat..x tahn..huhu..hope apa yang dijawab..ok semuanya...hehehe...malam nnt satu paper lagi ...hehe..doakan yang terbaik buat kami yang tengah exam nie k...

Hari nie Nad terasa...(ceh...terasa konon...yerrkkk..) ..nak post something pasal HATI.ecece...buts x de kaitan ngan sapa2 k...bukan juga dalam hati ada taman tau...tapi nak bgtau ckit apa yang sesikit Nad tahu pasal hati...yelah...ada ilmu kongsi2kan...ehehe


Kenal x hati...setiap org ada hati...lau x de hati dia mati...tapi lau ada hati tapi x de iman..sama cam dia 2 dah mati gakla...huhu..HATI...Segalanya bermula di situ. Hati yang penuh dengan kasih dan sayang, hati yang penuh dengan rasa benci dan dendam, hati yang sentiasa cintakan kedamaian, hati yang sentiasa inginkan kepuasan. Cantik dan buruknya perilaku seseorang bergantung pada ketulusan hatinya...ye...seseorang lau nak nilai org bukan tengok tebal mana mekap dipakai atau banyak mana harta yang ada...tapi tengok hati dan diri insan itu sendiri...ikhlas atau x..tapi jarang org tengok hati bila nilai seseorg ..rata2 tengok harta benda dan paras rupa..huhu

Betapa sukar untuk menjaga sekeping hati... Pernah kita menjaga hati dengan sebaiknya? Atau kita sering mencacatkan hati dengan kerakusan hawa nafsu semata? Manusia mampu mencipta nama segah mungkin. Mampu melakar rangkaian teknologi yang canggih. Mampu merungkai rahsia alam yang sukar untuk ditembusi. Namun mengapa manusia ini khilaf dalam menjaga sekeping hati nan suci?


Hati seringkali dipenuhi dengan hasad dan dengki, benci dan dendam yang tidak terperi sehingga mampu mempengaruhi tangan dan kaki bergerak, berfungsi tanpa mengikut rentak akal yang diberi. Mengapa kita sanggup membiarkan hati yang penuh dengan amarah ini menyentuh sekeping hati yang penuh dengan ketulusan kasih sayang yang suci?..Biasalah bila marah semua lupa..lupa yang kita nie hanya hamba ALLAH yang lemah lg hina..so..bila terasa nak marah ke apa ingat ALLAH bebanyak ...jaga hati jaga iman..

Kerana hati, ramai yang tersungkur, rebah menjadi hamba duniawi. Apabila diri dipuji-puji, hati kembang tidak terperi. Mencipta keangkuhan dalam hati dan merasakan akulah yang terhebat di muka bumi ini. Melayarkan sayap kesombongan sehingga terlupa untuk berpijak di bumi.

Sedar lah weyh..hidup bukan untuk menongkat langit semata-mata...kita nie hamba ALLAH je pown..x payah nak angkuh sangat macam la kita nie kaya n berkuasa sangat..Naik keta besar mana pown..kenderaan terakhir kita tetap keranda.. pakai baju lawa mana pown..harga juta2 pown..pakaian terakhir kita tetap kain kapan...rumah besar gudang pown..rumah terakhir kita still liang lahad...so jangan nak angkuh sangat la kan...

Lupa pada erti kesyukuran atas nikmat yang telah Allah pinjamkan. Hanya kerana rentetan hati yang teruji dengan pujian yang menggunung tinggi. Apabila ditegur akan kesilapan diri, dengan angkuh dan sombongnya menolak kritikan sehingga menampakkan kekejian di hati. Tertawalah si Syaitan dan Iblis kerana berjaya menghunuskan pedangnya di hati manusia yang 'mati' dari cahaya Illahi. Tidakkah kita sedar semua ini?
Kalau x sedar meh nak buat sedar...


Ada segelintir manusia yang merasakan dirinya sudah cukup hebat di sisi Ya Rabb. Solatnya, zikirnya, ibadahnya dirasakan sungguh cukup sempurna dan mampu melintasi titian sirat dengan mudah. Sehingga menciptakan segelumit rasa bangga di dalam hatinya kerana menyangka diri tergolong dalam golongan mukmin. Jangan!..riak 2...

Jangan pernah berprasangka seperti ini kerana hati manusia sangat rapuh. Sangat-sangat rapuh.Kalau nak banding ngan kaca..hati lebih rapuh dari kaca...sekali berderai...jutaan cebisan bakal menikan diri... Allah mengetahui sejauh mana keikhlasan hamba-Nya dalam mencari cahaya cinta-Nya. Rasulullaah S.A.W sendiri yang sentiasa dilindungi Allah, yang telah dijanjikan Allah syurga Firdausi tidak pernah walau sedetik pun meninggi diri memperkatakan amalan yang dilakukan sehari-hari.Kita?..sedekah seringgit sorang pown nak panggil press datang...huhu


Malahan Nabi kita ini beribadah sehingga bengkak kaki Baginda hanya untuk menuntut takwa dan kasih sayang Allah S.W.T. Maka, mengapa kita yang hanya hamba-Nya yang sangat-sangat kerdil merasa bongkak dan angkuh seperti itu? Adakah kita akan merasa aman kerana secara zahirnya kita soleh tetapi hati kita sebenarnya terselingkuh di kemudian hari? Tidakkah kita takut dengan amaran Allah?..moga kita terus berada dalan lindungan ilahi...amin

Dari sekeping hati yang suci mampu berubah menjadi onar dan duri. Hati pada asalnya penuh dengan kelembutan dan kasih sayang agar kita saling menyayangi dan melindungi sesama sendiri tetapi apa yang telah terjadi pada detik ini? Kerana dendam kita bermusuhan. Kerana dengki kita mencipta pergaduhan. Kerana marah, kita sanggup meleraikan persahabatan. Rosak binasalah hati akhirnya membawa kemusnahan pada diri sendiri.Urghh..janganlah benda nie jadik kat kita ek..kat org lain pown x mo nah...huhu

Jangan gunakan kebencian dan kedengkian kerana apa pun kebaikan akan bernilai negatif di mata para pendengki. Jangan dibiarkan hati terus bernanah, membusuk sehingga kebusukan itu dapat dihidu oleh orang lain. Didiklah, tuntunilah hati ini dengan madah dan kata Allah. Kalau hati mula membusuk tiada yang dapat menyelamatkannya...even dalam perubatan sendiri..hati merupakan part yang paling bahaya..kenapa? sbb bila hati 2 sakit ke apa..x de tanda2 yang jelas ...sampai tahap yang x boleh diselamatkan barulah kita tahu yang hati kita mulai mati...samalah dengan bila kita suka dengki kat org ke apa..bila tahap kebencian 2 dah x dapat dikawal baru kita tahu ttg kebencian itu..so hati2 la ek...

Bersihkan hati ini dari kata yang kelam lagi suram. Jauhkanlah hati dari nafsu dan dendam. Kalau kena pakai klorox ke pakai lah ek...gurau je...(lau buat betul naya  weyh...ekekeke).Dikhuatiri kita terus hanyut dalam jalan yang suram sedangkan jalan yang terang luas terbentang tidak dapat dilihat hanya kerana hati yang hitam penuh kegelapan.Nauzubillah... Semoga kita terlindung dari kekejian hati. Amin.


             Ketahuilah bahawa di dalam dada manusia ada seketul daging, apabila ia baik, 
baiklah badan seluruhnya, apabila ia rosak, rosaklah seluruhnya. Ketahuilah seketul daging itu adalah hati. [HR Bukhari dan Muslim]

So rasanya sampai disini dulu entry kali nie..ada masa Nad post lagi ea...insyaallah..buat teman tersayang..hayunkanlah langkah mu..jangan biarkan org2 menghalangnya..kau mmpu lakukannya..bangkitlah..teruskan usaha..jangan alpa ngan mainan dunia.. : )

Assalamualaikum..

lots of love

DIRA DIN^_^

No comments:

Post a Comment