Wednesday, July 24, 2013

Ape salahnya hulur sikit......

Assalamualaikum ya akhi& ukhti sekalian...

Amacam puasa...stilll 1st class macam memula dulu ke...or..dam merudum sedikit...bangun2...ramadhan hanya tinggal beberapa hari jer lagi...nak jumpa pulak lambat lagi...ntah jumpa ntah tidak...huk..huk..huk...

So..silalah habiskan saki-baki Ramadhan anda dengan penuh keimanan...hehe...jangan penuh ngan aktiviti yang melalaikan...no..no..no..bak kata sorang ustaz yang Nad dengar ceramah dia kat radio..
kat luar org berebut bertukar masjid dek kerana x puas beribadat...
kita kat malaysia pown bertukar jugak...
bertukar kedai makan dek kerana nafsu makan yang x pernah kenyang...
perghhhh...terasa la jugak...huhu...

Ape yang feymes masa musim Ramadhan nieyh....selain dari makanan ngan lelain 2....opkos la ramainya jumla pengemis yang xtau mana munculnya...ade yang cakap sindeket...
x kira apa yang orang cakap pown...
yang pnting pejam jer mata masa bawak kuar duit dari poket...HEHE

Bukan apa ade sesetengah...okeyh...SESETENGAH...masyarakat kita bila org hulur tangan mintak sumbangan buat2 x nampak...kang ALLAH buat x nampak terus kang baru tau....
Apa salahnya hulur sehengget dua...
niey x makanan beli kat bazar ramadhan bukan main banyak..
berpuluh hengget habis kat shopping complex x bkira ...nieyh nak hulur sehinggit pown berkira...haiyoooohhhhh...

Lau rasa malas sangat...duit shiling yang belambak kat rumah 2 letak semua dalam tabung masjid...buat peniaga2 makanan 2..lau rasa x habis makanan yang kita jual 2...bawak pegi masjid ..jamu org pg tarawikh...bukannya simpan..then panaskan balik..jual...ADE FAHEMMMMM...

Nad bukan apa...hari 2 dah terkena food poisoning gara makan makanan yang maybe...dipanaskan semula...mana xnya..beli pukul 6..pukul 9 dah nak basi....adoi....nasib baek hari 2 still larat nak posa...huhuhu....

So ..moral of the story is...jangan nak berkira sangat ....ringankan tangan anda untuk memberi..kan tangan memberi 2 lebih baik dari tangan yang menerima...diorang 2 sindiket ke...menipu ke ...2 blakang kira ...
janji kita beri kerana ALLAH...insyaallah...
mana lah tau Allah ganti dengan yang lebih elok lagi.kan..kan..kan...

salam sayang buat semua..take care...
jaga iman..
jaga mata..
yang pentng jaga hubungan kita dengan Allah dan manusia...

Asslamualaikum..

lots of love
DIRA DIN^_^

Sunday, July 21, 2013

Kurma...seribu satu khasiat dalam buah sekecil ibu jari....

Assalamualaikum ya akhi& ukhti sekalian...

Apa khabar...sedar x sedar dah hampir tiba ke pertengahan ramadhan sudah..amacam puasa..berbeza dengan tahun2 yang lain or..sama jerrrrr....tanya diri sendiri la eppp...

Kali nieyh Nad nak citer pasal buah yang sememangnya mendapat sambutan menggalakkan semasa bulan posa nieyh...ape lagi buah kurma lerrr...errrx kenal...buah tamar kenal x...x kenal jugak...ermmm...dates kenal...ehhh kenal pulak...kena speaking omputih ropernya baru kenal...haihhhh...sabo jerlah....kekeke


 Kurma nie mmg terkenal sejak zaman dedulu lagi ngan khasiatnya yang x terbilang....ala cam pokok kelapa yang dikenali dengan pokok serba guna...kurma pown sama lerr...buah serba guna...

Okayh now back to the topic pasal buah kurma nieyh...nie Nad adelah cilok sesikt...fakta2 pasal kurma nieyh....sekadar berkongsi dengan cik kak dan cik abang semua....sila ler baca wokeyh....






KURMA, buah paling berkhasiat dalam dunia

• Percayakah anda bahawa kurma tidak menyalurkan bakteria dan mikrob? Ulat yang ada di dalam kurma lama dapat memusnahkan amuba dan membunuh bakteria yang mungkin menyerang manusia.

• Seandainya tidak kerana kurma dan kopi arab, nescaya penduduk Jazirah Arab akan diserang berbagai penyakit yang tidak diketahui hujung pangkalnya kecuali oleh Allah.

• Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan didekati jin?

• Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?

• Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?

• Tahukah anda bahawa buah kurma lebih sehat daripada kaviar?

• Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?

• Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?

• Tahukah anda bahawa kurma barhi dianggap sebagai eliksir bagi para pemuda dan di dalamnya tersimpan rahsia besar kerana ia dapat menggiatkan kelenjar dan menguatkan saraf?

• Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?

• Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?

• Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma membekalkannya dengan kalori, menguatkannya, dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?

• Tahukah anda bahawa terdapat sejenis pokok kurma yang mati seiring dengan kematian pemiliknya?

• Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?

• Tahukah anda bahawa kurma mengandung protein tumbuhan yang bagus dan mudah dicerna?

• Tahukah anda bahawa kurma mengandungi sejumlah vitamin, seperti vitamin A, vitamin B, vitamin C, biotin, riboflavin, dan lainnya?

• Tahukah anda bahawa kurma bermanfaat untuk mengubati kekurangan darah kerana ada kandungan zat besi dalam kadar yang tinggi?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat menguatkan rahim ketika melahirkan kerana mengandungi hormon pitosin yang berkhasiat mengatur proses melahirkan?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat mencegah keradangan kerana mengandung antiseptic dan antirematik?

• Percayakah anda bahawa kurma mengandungi kadar serat baik yang bermanfaat untuk membantu gerakan usus dan mencegah sembelit?

• Tahukah anda bahawa kurma dapat melindungi usus besar dari kanser?

• Tahukah anda bahawa kurma adalah penggekang nafsu makan?

• Tahukah anda bahawa jenis kurma yang kalorinya paling rendah adalah ‘ajwah Madinah, razizi, dan rabi’ah?

• Percayakah anda bahawa jenis kurma yang paling sesuai untuk mendapatkan tubuh yang ideal adalah Hulwah Ha`il, kerana setiap 100 gram darinya tidak mengandungi lebih dari 67 kalori?

• Percayakah anda bahawa jenis kurma yang paling banyak mengandungi mineral dan vitamin yang tinggi dari potasium dan besi adalah rabi’ah Madinah?

• Percayakah anda bahawa kurma adalah ubat bagi orang yang menderita kekurangan berat badan kerana kaya dengan tunggal-tunggal yang tidak memerlukan proses pencernaan?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat mengurangi ketegangan syaraf yang diakibatkan oleh aktiviti kelenjar tiroid yang melampau?

• Percayakah anda bahawa kurma adalah makanan yang mudah dicerna dan tidak memberatkan tubuh?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat mengurangi rasa lapar yang amat sangat pada orang yang berpuasa?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat menyediakan perut untuk menerima makanan dan mencegah konstipasi?

• Tahukah anda bahawa kurma dapat melancarkan kencing dan mencuci ginjal?

• Tahukah anda bahawa kurma dapat membersihkan liver dari racun dan meredakan pergolakan saraf?

• Tahukah anda bahawa kurma basah mengandung kadar gula tinggi yang mudah dicerna dan diserap seperti glukosa?

• Tahukah anda bahawa kurma basah dapat menurunkan tekanan darah bagi perempuan hamil dan menormalkannya ketika prakelahiran?

• Tahukah anda bahawa kurma basah dapat membersihkan usus besar (kolon) sehingga bermanfaat untuk membantu dan memudahkan proses melahirkan?

• Tahukah anda bahawa kurma dinamakan dengan manjam (tambang) kerana mengandung banyak unsur mineral seperti fosfor, kalsium, magnesium, besi, sodium, sulfur, dan klorin?

• Tahukah anda bahawa kurma terdiri dari 21% air, sejumlah besar vitamin, 2,1% protein, 18% lemak, 73% gula dan 3% serat?

• Percayakah anda bahawa kandungan kalori dari 1 kg kurma sama dengan kandungan 1 kg daging?

• Tahukah anda bahawa kandungan nutrisi 1 kg kurma mentah setara dengan 3 kg makanan lain?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat memelihara kelembaban dan kecerahan mata, serta menajamkan pandangan pada malam hari?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat melembabkan usus sehingga memeliharanya dari radang dan infeksi?

• Percayakah anda bahawa kurma membekalkan tubuh dengan zat besi yang diperlukan oleh darah dan fosfor yang membantu proses berfikir?

• Percayakah anda bahawa kurma menyuplai tubuh dengan panas dan vitamin yang membantu pertumbuhan dan menguatkan saraf?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat membantu menenangkan perasaan dan jiwa sehingga disarankan kepada orang yang berpenyakit saraf dan panas baran?

• Percayakah anda bahawa memakan kurma sebelum makan pagi dapat membunuh cacing?

• Percayakah anda bahawa kurma dianggap sebagai makanan paling baik di gurun sahara kerana dapat disimpan dalam masa yang lama tanpa ditimpa kerosakan?

• Percayakah anda bahawa kurma memainkan peranan yang baik dalam membersihkan zat-zat beracun yang dihasilkan oleh proses asimilasi bahan makanan dalam tubuh?

• Percayakah anda bahawa di antara penduduk Sahara dan Oasis tidak mengidap kanser kerana mereka biasa mengambil kurma sebagai makanan asas?

• Percayakah anda bahawa garam-garam alkali yang ada dalam kurma berfungsi untuk membetulkan kemasaman darah yang diakibatkan oleh pengambilan makanan-makanan berlemak yang melampaui batas?

• Tahukah anda bahawa kurma tidak mengandung zat-zat yang dapat menghalangi penyerapan zat besi?

• Tahukah anda bahawa kurma juga dapat meningkatkan daya serap dalam tubuh, khususnya pada anak-anak?

• Percayakah anda bahawa jenis zat-zat gula dalam kurma dapat diserap dengan cepat sehingga dapat terus sampai ke darah dan sel-sel tubuh?

• Percayakah anda bahawa kadar serat dalam kurma pada fase ruthab sekitar 2% dan meningkat hingga 4% pada kurma yang disimpan?

• Percayakah anda bahawa kurma mengandung fosfor dengan kadar yang lebih tinggi daripada kadar fosfor dalam apricot, pir, stroberi, dan anggur, dan bahwa dalam setiap 100 gram kurma terdapat 40 miligram fosfor?

So....motifnya...makanlah kurma..jangan dop bangga sangat ngan buah2 lain..kurma sebijik pown dah mampu menyamai beratus buah yang lain....pahala pown dapat sbb ikut sunnah nabi...hehe..rasa x suka makan cam2 jer try masukkan dalam makanan yang kita masak...Nad pernah try masak lempeng kurma...boleh tahan sedaplah....x pown try la buat ayam kicap berkurma...sayur goreng kurma ke...try be creative n inovatif..bila lagi nak tunjukkan skill...hehe

Sampai sini saja tinta ditaipkan...selamat meneruskan puasa yang hanya tinggal beberapa cuma...selamat bertarawih...salam sayang buat semua...take care....

Assalamualaikum

lots of love

DIRA DIN^_^

Thursday, July 18, 2013

Dugaan Ramadhan...sabo jerlah....

Assalamualaikum ya akhi& ukhti sekalian...

Amacam puasa...okey ker...x okey ker..try tanya diri kita jap....puasa kita hari nie 2 1st klas ker...2nd class...kerr x de klass...ngeh..ngeh..ngeh....so tanya la epp....

 Bulan puasa nie menyaksikan banyak kuih muih yang x penah2 didengar tetiba jerr muncul...surau yang dulunya sepi...Alhamdulillah kini mulai penuh..kalau dulu time2 maghrib 2 ramai masih berada dipadang...x pown still merempit di atas jalan..kini jalan raya lenggang kecuali di bazar ramadhan...

 Tapikan...bulan ramadhan nie even syaiton dan konco2nya 2 dah dirantai kemas still ada si penjahat kedua...ehhh...x2 buka jahat cuma nakal sikit jer...terpulang kat kita...lau kita boleh kontrol dia...semuanya okey jerrr..tapi kalau dia jadi raja...huhuhu...hancur musnahlah segalanya......ape dia...itulah NAFSU....so jaga diri jaga iman jaga hati...terasa nak mengumpat 2....buang jauh2...

 Bulan2 puasa nie banyak kan berzikir..kalau bo;leh khatam quran yang dah lama x disentuh 2.....bukan banyak pown 2 helai setiap kali lepas solah...3o hari..insyaallah kalau xde pape..khatam lah kita....kalau terasa nak mencarut 2...banyak2 beristighfar la ep...dapat pahala...hehe

Nad cam besa...still bertapa di hospital....hehe...merasa gak lerr bersahur n berbuka kat sinie....insaf bila tengok orang sekeliling menangis kesakitan.....serius kita pown terasa sakitnya ...huhu..nak pujuk pun Nad bukan jenis yang pandai pujuk org..kekeke...so buat muka simpati jerlah....huhu..

Okeylah sampai disini dulu coretan kali niey..ada masa Nad post lagi eppp....sorry kalau x de topic menarik ...x sempat nak buat research...lain kali la ep....take care...salam sayang buat semua...

Assalamualaikum

lots of love

DIRA DIN^_^











Wednesday, July 17, 2013

Salam Ramadhan....still bertapa di hospital....


Assalamualaikum ya akhi & ukhti sekalian...

Salam Ramadhan al-mubarak buat semua....

Nad..still bertapa di hospital....maybe next week baru boleh keluar...diorang baru jer amek air tulang blakang 2 hari lepas..n Alhamdulillah...x de jangkitan kuman kat c2... nothing happen...just diorang nak tengok balik ape yang diorang andaikan 2...doakan Nad n mama okeyh...

Well duduk kat hospital hampir 3 minggu nie macam2 ade...yang 2 bedah kepala lah...yang 2 nampak jer sihat tapi sebenarnya dah kronik...ade yang nampak dah x bley wat pape...tetoba esok dah boleh berjalan2...macam2...rasa insaf kejap ..kita yang sihat nie pown still ade penyakitnya ...MALAS....huhu....nak baca Quran bulan2 puasa nie pown malas...ngantuk la...ape lah...padahal nak kata si syaitan n konco2nya 2 dop ganggu...dah kena ikat dah geng2 2...so....yang tinggal kita dan nafsu kita...

Siapa yang bakal menjadi ketua..jika kita mampu mengawal hawa nafsu kita alhamdulillah...syukur...namun jika x mampu..lawanlah selagi yang kita mampu...berjuang  sikit..jangan mudah menyerah...

Btw...Ramdhan macam nie..buat Nad teringat masa study kat matrik...bukak puasa sesama roomates...berlari balik dari kelas semata2 nak beli daging asam makcik Kafe B yang mabeles 2...hehehe...rindu kat Cik Hawa... Cik Ain, Fizah..Akah.My roomates......rindu nak solat terawikh kat dataran...Berebut nak pegi c2...bukan ape nak duduk depan kipas..bila teringat balik...lawak pown ada..insaf pown ade...bukan ape bila terfikir niat nakl pegi solat dah jadik niat nak dapat keselesaan...nauzubillah...







 Lagi satu rindu dekat Si Busuk nieyh..lama x jumpa dia...biasa dulu lau Nad tdow mesti dia lompat naik atas katil menyelit bawah tangan...haihhhh....




Gambar merepek..hahha...1st time pakai jubah with tudung bawal yang merelip ataih kepala... .kekekee... okeyh stakat nie jer merapu meraban....amek masa sikt...lama x update blog...kekeke..bersawang bagai dah ieyh..

Jaga diri, iman...bukak puasa jangan nak rambang mata sangat..makan ala kadar..kang terawih x sampai 2 rakaat dah semput...take care ..salam sayang buat semu..

Assalamualaikum..

lots of love..

DIRA DIN^_^