Thursday, 13 December 2012

Syukur dengan nikmat yang diberi..

Assalamualaikum...ya akhi & ukhti diluar sana....

Semua pakat dop tengok bola...budak2 laki vet kat bawah nie mmg x diam dari tadi ...biasalah mana ada org tengok bola senyap jer...betul x...

Kali nie Nad nak kongsi ckit fakta2 mengenai tubuh badan kita nie...kekadang kita terlepas pandang..or da pandang tapi sesaja wat x tau ttg nikmat yang belambak ALLAH bagi nie...Jom kita baca kat bawah nie...ehehe

Jom kita lihat 30 fakta tentang tubuh badan manusia:-

1. Setiap 1 jam, satu bilion (1,000,000,000) sel dalam tubuh harus diganti(banyak wooooo).

2. Mata manusia boleh membezakan 500 jenis warna kelabu.

3. Tulang paha manusia lebih kuat drpd konkrit(x caya try la patahkan...ada branni).

4. Jantung manusia mencipta tekanan yang cukup untuk menyemburkan darah sejauh 30 kaki (9 m).

5. Saiz mata kita adalah sama sejak lahir, tetapi hidung dan telinga tidak pernah berhenti tumbuh hingga mati.

6. Secara purata, batuk keluar dari mulut korang pd kelajuan 60 batu (96.5 km) per jam.

7. Janggut adalah rambut yang tumbuh paling cepat kat tubuh manusia. Jika lelaki tidak pernah mencukur janggutnya, ia akan tumbuh hampir 30 kaki panjang dalam hidupnya(serabai lau dah panjang cam 2.....).

8. Mata bayi tidak menghasilkan air mata sampai bayi berusia sekitar enam hingga lapan minggu.

9. Setiap orang mempunyai corak lidah yang unik (berlainan setiap orang mcm cap jari).

10. Kelajuan bersin boleh melebihi kelajuan 100 mph (lebih kurang 160 kmj).

11. Sel-sel mati dalam badan akhirnya akan pergi kepada buah pinggang untuk dikeluarkan.

12. Senyum adalah ekspresi wajah yang paling sering digunakan. Senyum boleh menggunakan sebanyak 5-53 otot wajah.

13. Satu drpd 20 orang memiliki tulang rusuk tambahan.

14. Orang dengan kulit gelap tidak akan berkedut secepat orang dengan kulit yang lebih cerah.(suka fakta nie...ehehe...)

15. Darah manusia bergerak sejauh 60,000 batu (96,540 km) setiap hari dalam tubuh manusia.

16. 85% daripada penduduk dunia boleh menggulung lidah mereka.

17. Makanan perlukan tujuh saat untuk pergi dari mulut ke perut melalui kerongkong.

18. Jantung perempuan berdegup lebih cepat daripada lelaki(tambah2 kalau tengok sang pujaan haty...confirm mcm baru lepas pecut 100 meter...ngehee).

19. Dalam satu hari jantung kita berdegup sebanyak 100,000 kali.

20. Rambut terhasil daripada bahan yang sama seperti kuku.

21. Apabila korang bersin, seluruh fungsi badan korang berhenti termasuk jantung.

22. Bayi lahir tanpa tempurung lutut hinggalah ia berusia 2-6 tahun.

23. Perut memerlukan 1 jam untuk menghadam susu lembu.

24. Jika korang buta sebelah mata, korang hanya kehilangan 1/5 penglihatan, tetapi korang akan hilang langsung kebolehan utk mengukur jarak.

25. Purata setiap tahun manusia mengerlipkan mata sebanyak 6,205,000 (x termasuk korang saja2 kerlip nak ngorat...buat2 comel kerr...., he3)

26. 80 peratus tubuh manusia adalah air....x

27. Korang dilahirkan dengan 300 tulang tetapi cuma tinggal 206 tulang bila dewasa.

28. Jika dicampur, panjang urat dalam seseorang manusia ialah 72 km.

29. 15 bilion sel darah manusia musnah setiap saat.

30. Luas kulit manusia ialah 6.5 kaki persegi.


Fakta tambahan...: lesung pipit merupakan salah satu tanda cacat..sbb ada urat kita kat pipi 2 pendek...so terhasillah lesung pipit...tapi cacat yang 2..sangat lawa kannnn....


Malam makin larut kerja x jalan2 g...Nad undur diri dulu ya...Selamat malam semua..
Buat sang pemilik hati...walau x tau awak kat mana n siapa...semoga awak terus berada dalam lindungan Ilahi...amin.......^_^


Assalamualaikum


lots of love


DIRA DIN ^_^



No comments:

Post a Comment