Sunday, August 24, 2014

Re-post entry....HIHI..Habbastus sauda...khasiat tiada ternilai....

Assalamualaikum ya akhi & ukhti sekalian...



Post kedua untuk hari nie...terasa nak post balik yang dolu2 punya...hihi..nampak nau x de kerja...tapi kalau berkongsi ilmu apa salahnya kan..kan..kan...Jom kita baca...wheeeeeeeeeeee..kekke



HABBATUS SAUDA : KHASIAT DAN KEBAIKANNYA





Habbatus sauda khasiat, kelebihan, kebaikan serta minyak habbatus sauda baraka
Habbatus Sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan dikawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat mengenai kelebihan dankhasiat habbatus sauda ini. 
Habbatus Sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan dan mempunyai banyak kelebihan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut,
tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda
dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam
 (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)

KANUN PERUBATAN IBN SINA
 
Ibnu Sina ( 980 – 1037 ), dengan karya terbesarnya Qanun fi Tibb (The Canon of
 
Medicine) yang paling terkenal dalam ilmu perubatan Timur & Barat menyatakan
 
Habbatus Sauda’ merangsang tenaga dan membantu memulihkan kepenatan dan
 
semangat. Ibnu Sina bukan sahaja penyambung kaedah Perubatan Yunani yang
 
dipelopori oleh Hippocates, malam dia telah berjasa dalam memperbaiki lagi kaedah ini.

Ciri-Ciri Utama Habbatus Sauda
Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.
Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatussaudadapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. 
Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda antara lain:
1.Antiinflamasi, mengubati perih radang tenggorokan.
2.Antiarthritis, mengubati reumatik.
3.Analgesik, mengubati sakit gigi dan
sakit kepala (migrain). 
4.Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
5.Antiseptik, mengubati bau mulut.
6.Antivirus, mengubati demam dan flu.
7.Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
8.Urinary tract , mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
9.Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
10.Gastrointestinal tract , mengubati
mabuk, diare, kejang konstipasi, dan
empedu.
11.Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
12.Nematocidal, mengubati cacing pita.
13.Respiratory tract , mengubati sesak nafas (asma).

 
Dalam Hadith Muslim juga disebutkan: “Tidak ada satupun penyakit melainkan dalam
 
Habbatus Sauda’ terdapat kesembuhan baginya, kecuali kematian.”
 
( Sahih Muslim 2215 )

 Sekarang nie pown banyak produk yang berasaskan Habbatus sauda nie... yang penting cari yang ori ok..salam sayng buat semua...take care..hihi

Assalamualaikum

lots of love..

DIRA DIN ^_^

No comments:

Post a Comment