Monday, August 25, 2014

Cerita pasal bawang merah...

Assalamualaiku ya akhi&ukhti sekalian...

Apehal tetiba Nad nak cakap pasal bawang merah nieyh...lapor ke ape...

Nieyh bukan pasal lapor yekkk...nie pasal pegi dapur nak makan lauk dah hilang...huwaaaa..
baru nak bedal lauk telor kicap 2..dah x de....huhuhu
bukan apa...janrang makan benda2 simple cm2..
asyik2 masak kari...mihun sup..nasik goreng...
skali masak telor kicap...ingat nak jugak melantak malam2 time ujan pulak 2.
mcm mana x menri samba perut nieyh...
sekali pegi dapur dah hilang...aip...
rasa baru je letak td..
tanya punya tanya...dah selamat dalam perut budak kecik...haiyooo..
boleh puak dia buat2 tanya...
akak lapar ke...shirah makan telor kicap td..sedp..
saja lah 2...benci..

Ape yg Nad merap niey...kes lapar la nieyh..huhu...okeyh2...td janji nak cerita pasal bawang merah kan...bawang merah nieyh benda feymes kat dapur...dan feymes kat budak baru blajar nak masak...kan...kan.....mana x nye..sebijik koyak ..seround nangis..kikiki..
macam adik nad...koyak sebijik basuh mata sepuluh kali...haha
last2 frust x nak koyak dah...

Hari 2 Nad ade terbaca pasal kebaikan bawang merah yang mmg sedap kalau digoreng..letak semanggkuk pown abeh ..kikiki..
Bawang merah dipercayai dapat hapuskan toksin dalam badan mahupun kat udara...
ade satu post  hari 2 ..(Nad x ingat sapa post...mintak halallah ya...)
dia kata sebelum tido..hiris bawang merah then ltak kat tapak kaki...pakai stokin...insyaallah badan lebih segar sbb bwg 2 dah serap sisa toksin dalam badan...

Yang kat bawah nieyh pulak antara contoh post pasal kebaikan bawang merah...x try kita x taukan...
JOM BACA..
Seorang doktor mengunjungi sebuah keluarga petani dan mendapati keluarga tersebut berada dalam keadaan sihat sedangkan jiran2 mereka menderita selsema dan sakit bawaan bakteria yang lain seperti demam, cirit birit, kudis dan lain2. Doktor bertanya petani bagaimana keluarga tersebut tetap sihat sedangkan jiran2 mereka menderita sakit. Si isteri petani menjawab mudah aje, letakkan bawang merah yang telah dikupas dalam piring disetiap ruang rumah. Doktor amat tertarik dan meminta untuk melihatnya dibawah mikroskop lalu mendapati virus selsema dan bakteria2 lain dibawang merah tersebut. Bawang merah ini berfungsi menyerap semua virus dan bakteria diruang sekitarnya dan secara tidak langsung dapat mengelakkan keluarga petani dijangkiti penyakit bawaan virus dan bakteria.


Kes kedua ialah disebuah kedai gunting rambut yang banyak dikunjungi pelanggan. Tauke kedai mendapati ramai pekerjanya diserang selsema kerana sesetengah pelanggannya sedang selsema ketika mengunjungi kedainya. Tauke pun meletakkan semangkuk bawang merah yang telah dikupas di beberapa penjuru kedainya dan hasilnya pekerja2 beliau tidak lagi diserang selsema.



Kes ketiga seorang yang terkena pneumonia menemukan artikel yang mengatakan untuk memotong kedua hujung sebiji bawang kemudian dicucuk dengan garpu pada salah satu hujungnya. Letakkan bawang tersebut disebuah bekas kosong dan tempatkan dibilik pesakit. Keesokannya didapati bawang merah menjadi hitam kerana kuman2 seakan tertarik padanya. Bawang merah yang berfungsi sebagai magnet yang menarik kuman2 padanya menjadi hitam dan rosak sebaliknya pesakit semakin bertambah baik.

Bawang merah dan bawang putih mempunyai kekuatan antibakteri dan antiseptik yang amat menguntungkan manusia. Bawang merah boleh menjadi amat bermanafaat jika digunakan dengan cara yang betul, sebaliknya ianya amat beracun jika dibiarkan semalaman setelah dikupas. Ini kerana ianya umpama magnet yang menarik kuman hingga boleh menyebabkan jangkitan kuman pada paru2, sakit perut, keracunan makanan, cirit birit dan sebagainya.

Satu kajian keatas haiwan mendapati anjing tidak boleh memakan bawang merah kerana perut anjing tidak dapat mengolah bawang merah. Harap diingat, adalah berbahaya untuk mengiris bawang merah dan menggunakannya untuk memasak pada hari berikutnya.

so diharapkan entry kali nieyh dapat bgi manfaat buat semua...bawang merah bukan sekadar perencah dlm kari mahupun mihun sup..namun ianya ubat buat semua...try la nanti eppp...

salam sayang buat semua...take care yeeee....hihi...cuti dah nak abeh...tdo la puas2..lepas nieyh sempat tido ke x ..xtau.hihi
Assalamualaikum..
Lots of love
DIRA DIN^_^

No comments:

Post a Comment