Thursday, November 22, 2012

TIP BUAT YANG BARU KE UNIVERSITI


Tip-tip menjejakkan kaki ke universiti...
Assalamualaikum buat anda2 yang dirahmati semua....
Harap –harap sihat sentiasa..well hari ini Nad nak kongsi beberapa tip tentang apa yang perlu kita buat dan apa yang kita x boleh buat bila kita mula menjejakkan kaki ke alam universiti dan matrikulasi....kira macam senarai do n don’ts la nie k....Tapi nanti nad buat pages laen la jgak...yela x kan la nak sumbat semua dalam satu post kan....nanti korang jugak x nak baca...huhu...
                      
SEBELUM PERGI KE UNIVERSITI/MATRIKULASI
Ingat sekarang hanya selangkah lagi untuk anda memasuki tempat idaman golongan educated(means orang yang nak belajar of coz la nak masuk universiti kan.....ada ke yang x nak masuk)..hehe.. Jangan sekali –kali pikir macam nie “Ala ..orang laen pown masuk gak tempat nie...sama jer ngan sekolah...dah masuk nanti belajar je lah...keluar universiti nanti kerja ...apa susah”...Urghh....pleaselah jangan ada terfikir pown benda macam 2 k....campak jauh2 fikiran macam 2..Ingat... Kitakan bakal mahasiswa/mahasiswi..Kenalah matang sikit...Betul tak...^_^...

Sekarang cuba chek senarai kat bawah nie...

1.Adakah anda telah bersedia secara mentalnya untuk melangkah ke alam menara gading? Tolong update status dalam diri yang anda bakal jadik seorang mahasiswa/mahasiswi...bukan budak sekolah yang siang berada disekolah malam dop melepak kat kedai mamak...

2.Adakah anda telah siap mengisi semua borang pendaftaran yang disertakan oleh pihak Universiti?..janganlah pulak dah dekat dengan tarikh nak daftar 2 baru kelam-kabut nak pergi cop 2 cop nie...make sure segala jenis surat akuan sijil2 telah dicop dan dibuat salinan ...gambar pasport of coz lah amat2 diperlukan....so buat banyak2...

3.Adakah anda telah membuat pemeriksaan kesihatan(nie penting tau terutama bab x-ray    2...kalau klinik kerajaan kena buat tempahan tau) so make sure buat awal2

4.Sudahkah anda mengemas segala jenis barangan peribadi serta alat2 tulis untuk kesana?. Pastikan anda telah mengemas 4-5 hari sebelum berangkat..cadar dan bantal tolong bawak kalu anda x pasti adakah ianya disediakan(kalau budak matrik biasa bantal dah disediakan ..tapi bawak jer satu lagi pown ..macam lah cukup bantal satu jer....hehe)

5.Tanya sesiapa yang belajar disitu mengenai budaya dan keadaan tempat belajar yang dituju..(bukan apa laen tempat lain cara hidup dan budayanya...so untuk elakkan terkena culture shock baik lahh anda2 yang hensem serta comel nie buat rujukan sedikit ye....)

6.Yang nie paling penting tau... TRY SURF DULU APA YANG AKAN ANDA BELAJAR DISANA DAN APA YANG ANDA PERLU SEDIAKAN YANG BERKAITAN DENGAN PENGAJIAN ANDA..(bukan apa takut terkejut macam Nad lah....ingatkan belajar sejarah semata-mata ...sekali lukisan pown kena blajar gak...mana x terkejut...huhu)

Setakat nie dahulu perkongsian Nad... lain masa berjumpa lagi...

Opsss ...terlupa pula ... Tahniah pada my beloved cousin Ammar ngan Maisarah yang baru  je dapat 5A dalam upsr baru-baru nie...Teruskan usaha k....caiyokkkkk

Assalamualaikum...

DIRA DIN