Saturday, January 12, 2013

Wanita..tutuplah aurat mu itu.....

Assalamualaikum ya akhi& ukhti sekalian...

Moga terus berada dalam rahmat ilahi hendaknya...

Bila exam sudah habis...n pameran pown lagi 2 hari...sehari..x tau nak wat ape..makan..tido..games..jalan2..novel..muka buku..blog...2 je kerjanya memanjang...huhuhu... jalan2 sambil meghabiskan duit dipoket mmg kirim salam la kan...bising pulak nnt mama kat umah..tadi pown dah pesan ...duit lebih simpan..jgn nak memadai pg berfoya2... bak kata cikgu di skull dulu...suar dalam pown mak beli ada hati nak perabih duit..ko ingat ko artis nak demand beli memacam....hehe...sentap seketika...biasa lah budak x reti nak insaf jadik la cam nie...kejap jer la insafnya..pastu nampak novel..entah melayang celah mana sentapnya tadi..hehe....biasa la tukan..hohoho..

Okey..cukup kerepek merepek semua..moh le kita mengepost(apa punya bahasa daaa...lau mama baca pengsan gamaknya...sejak bila anak aq x reti nak mengeja nie..uhuhu..mintak maap bebanyak la ye..anak mu ini memang suka merapu..hehehe) ..Jom baca...... wheeeeeeeeeeeeeeeeee...



KESALAHAN WANITA DALAM BERPAKAIAN:




 



Melihat kepada dunia sekarang, wanita-wanita Islam tidak mengambil berat soal aurat mereka. Pemakaian mereka ada kalanya tidak dapat dibezakan dengan wanita-wanita barat. Bahkan ada yang lebih teruk dari segelintirnya. Tetapi tidak ketinggalan juga bagi yang memakai tudung. Cara pemakaian tudung mereka tidak menepati apa yang dituntut oleh Islam. Antara kesalahan yang dilakukan adalah :

 

Bagi wanita, aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.
Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya...adoiii..

Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.... yang nie memag selalu kita nampak la kan....






Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya...diorang x de serkap rambut ke...meh nak bagi...

Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat/kuliah sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya....nie x kat pejabat or kat kelas bukan main litup tudung..kat rumah even nak sidai kain..aurat ttp kena tutup tau....ko ingat  aurat ko kejap2 je ke...apa ko ingat masuk neraka 2 kejap2..heh

Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.... yang nie Nad malas nak expalain..pepaham la sendiri yek...

Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.  


Firman Allah yang bermaksud :“Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu.” (al-Ahzab: 59)

Lagi Firman Allah yang bermaksud :
“Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya.” (an-Nur: 31)

Hadis Nabi Muhammad saw yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)
 

Kesimpulannya

Wahai sekalian wanita Islam kembalilah kamu semua ke ajaran Islam yang sempurna atau kaffah. Sesungguhnya diri kamu akan selamat di dunia dan di akhirat, Islam bukan agama yang membebankan kamu semua, tetapi Islam adalah agama yang paling cantik dan dapat menyelamatkan kamu dari fitnah dunia. Jadikanlah Khadijah dan Aisyah isteri Rasulullah saw sebagai contoh tauladan kamu semua kerana sesungguhnya mereka adalah umul mukminin (ibu mukmin).




Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi baikilah diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, suka berdengki, suka berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati. Jangan kata aq x sedia nak berubah...tutuplah walau terpaksa..sbb kebanyakan benda kita kena paksa baru kita dapat lakukannya dengan redha...


 Sekian dulu tinta dari Nad..renungkanlah..bila lagi kita nak berubah..berubah mmg bukan benda yang senang..tapi bila kita sentiasa berubah walau sikit pown...Insyaallah..kita dapat lakukannnya...Nad bukan kata kat org lain..tapi Nad juga perlu berubah...Biar beribu mengata..yang penting Allah suka...hehe

Assalamualaikum..

lots of love..

DIRA DIN^_^

No comments:

Post a Comment