Wednesday, January 16, 2013

8 Spesies ikan Gred A Buruan Kaki Pancing

Assalamualaikum ya akhi & ukhti sekalian..

Moga terus ceria n happy selalu la ekkk...

Nad da selamat tiba kat umah petang semalam..lenguh pinggang woo mengangkat beg n kotak2 semua 2..huu..sapa suh bawak barang pg hostel bnyk2...naya nak wat balik..kekeke..n now bilik Nad penuh ngan beg2 suma..malas nak kemas g....uhuhu..jap2 g la ek...

Hari nie nak lari dari tajuk ckit..ckit jer tau...hehe..oleh kerana my little brother yang sengal 2 mmg gila ckit bab ikan nie..walaupun dia sendiri x penah pg ke laut tangkap ikan suma 2..tapi kalau nampak je buku2 pasal xtvt memancing nie...bersinar jer mata dia...huhu...

So entry kali nie nak cter pasallllllllll...

8 SPESIES IKAN GRED A BURUAN KAKI PANCING...


1.Tenggiri

Nama saintifik: Scomberomorus commerson
Nama umum: Narrow-barred Spanish mackerel
Nama tempatan: Tenggiri batang
Lokasi terkenal untuk tangkap ikan nie: Tuas Yan, Kedah atau Sedili, Johor


Sapa x kenal ikan nie..kalau buat asam pedas huiiii...makan bertambah pown x sedar nieyh...kekekeke...
Ikan tenggiri mampu berenang seperti peluru torpedo nie amat suka duduk kat kawasan tukun dan unjam kat laut 2..Ikan ini yang sering berhijrah sering mensasarkan kumpulan sotong, ikan kembung,selar,sardin,togkol atau ikan2 kecil yang berlindung di sebalik tukun dan unjam sebagai diet makanan mereka....

Umpan: Ikan kembung atau selar hidup merupakan umpan popular untuk menjerat tenggiri.Teknik yang akan digunakan ialah teknik menghanyut..disesetengah kawasan tenggiri lebih mudah diperdaya menggunakan jig besi...


2.Ikan Merah

Nama saintifik: Lutjanus erythropterus
Nama umum: Red snapper
Nama tempatan: Merah pucat

Dikenali juga dengan nama merah pucat.Ikan ini merupakan antara ikan yang paling banyak dicari oleh kaki2 pancing.Selain itu, saiz ikan ini kadang kala  mencecah lebih 5 Kg mampu memberi daya juang yang mantoppp ..hehe...Isi ikan nie lembut sedap dibuat asam pedas n yang paling fofuler of coz kepala ikan nie bila dibuat kari kepala ikan...fuhhhh...terbaikkk..permintaan terhadap ikan nie kat pasaran teramat la tinggi...

Umpan: ikan nie senang je umpan dia isi ikan,hirisan sotong,umpan hidup,udang mati dan papejerlah..konpem dia bedal sume kalau kena tempat..Ikan nie bergerak dalam kumpulan yang besar dan amat sensitif iaitu x lagi makan umpan yang kita hulur kalau ada perambut yang putus semasa karauan sedang dilakukan..so hati2 la ek masa nak wat naik ikan 2...

3.Kerapu Bara

Nama saintifik: Epinephelus retouti
Nama umum: Red-tipped grouper

Kerapu bara yang warnanya mmg membara2  nie mmg feymes kat restoran mewah yang menjual makanan laut...ikan nie bukan sahaja ada warna yang meletop..tapi isi dia yang lembut dan lazat nie mmg maverlous..perggg..meleleh air liur kejap..kekeke..

Umpan: irisan ikan atau sotong mmg terbukti berkesan dalam menangkap ikan nie...ape lg jom ke laut...

4.Kertang..

Nama saintifik: Epinephelus lanceolatus
Nama umum: Giant grouper
Nama tempatan : Kertang

Ikan nie sinonim di kolam pancin air masin..Ikan ini juga digelar ikan naga..mempunyai warna yang gelap dan kekuningan disirip..mendiami lubang,karang dan struktur yang membolehkannya menghendap mangsa..ikan nie bersifat pemalu dan kurang bergerak kelaur dari rumahnnya...pemalas gak ko nie ek ikan.....hehe

Umpan: Ikan nie x delah memilih sangat umpan la gi2 kalau umpan 2 letak kat depan mata..terus dia ngap je...rezeki katanya...kekeke..umpan yang fofuler ialah isi ikan,udang hidup,sotong dan ikan hidup spr kembung,belanak dan selar..ikan nie jugak bley diperdaya dengan menggunakan jig besi...kalau dapat ikan nie..mmg makan besar la jawabnya..hehehe

5.Merah celoreng

Nama saintifik:Lutjanus sebae
Nama umum:Red emperor

Sesuai ngan gelaran emperornya 2..ikan nie dikatakan merupakan raja segala ikan merah..ikan nie susah nak dapat terutamanya dalam saiz yang besar..selalu dijadikan hidangan mewah terutamanya oleh kaum Cina serta harga di pasaran amatlah tinggi...pejam mata jerlah kalau poket kering 2 ek..huhu

Umpan:Isi ikan dan sotong sudah mampu untuk menumpaskan ikan nie..kalau nak yang bersaiz besar2 tu gunalah umpan sotong hidup dan ikan hidup...

6.Kurau

Nama saintifik:Polydactylus macrochir
Nama umum: King threadfin salmon..

Ikan nie mmg terkenal dengan isinya yang lazat nak2 lagi kalau yang dah dimasinkan 2..mmg umphhhhh la kata org...harga dia boleh tahan mahal terutama yang dah siap dimasinkan..huu..Ikan kurau tinggal dikawasan lubang berlumpur dan amat pandai mencuri umpan ..leka kejap je..umpan hilang..

Umpan: Ikan timah merupakan umpan populer untuk memburu ikan nie..ikan belanak hidup,sotong kurita
atau udang hidup juga boleh digunakan untuk mengumpan ikan nie..

7 .Ketarap/Ikan Bayan

Nama saintifik: Scarus rubroviolaceus
Nama umum: Ember parrotfish
Nama tempatan:Bayan,ketarap..

Ikan yang feymes kat area pantai timur..suka tnggal kat kawasan batu karang serta pesisir pantai yang berbatu..Habitat ikan nie merangkumi seluruh perairan Asia Pasifik.Terkenal dengan daya juangnya yang terbaik di kalangan kaki pancing..saiz je kecik..tapi kalau dia melawan..mmg x larat nak tarik..huhu..Ikan nie mempunyai isi yang putih serta amatlah lazat jika dijadikan hidangan steam...alahai..tetiba lapar...kukuku...

Umpan: Ketam nipah ialah umpan yang paling populer kalau nak tangkap ikan nie...selain 2 kerang, siput n sotong jugak boleh dijadikan umpan...

8.Ibu kerisi..

Nama saintifik: Pristipomoides multidens
Nama umum: Goldbanded jobfish
Nama tempatan: ibu kerisi.kerisi bali..

Terkenal ngan keenakan isinya dan sukar diperolehi di pasaran menjadikan ia ikan yang dapat permintaan tinggi..mendiami lubang batu karang di perairan negara...ikan nie bergerak secara berkumpulan dan bersikap x memilih umpan..

Umpan: Teknik dasar yang menggunakan umpan hirisan sotong, udang mati atau hirisan isi ikan pasti dapat menjerat ikan Gred A nie..

Haaaa amacam..best x entry kali nie...kekeke...Nad pown minat gak bab ikan nie...hehe..tambah2 yang gemuk2 n colourful 2...suka sesangat...lepas nie kalau nak masak or teringin nak rasa sedap macam mana ikan2 kat atas nie..cari kat pasar la ek...nak yang fresh pg tangkap sendiri...hehehe..

Sampai sini dulu entry hari nie..moga berjumpa di lain masa

Assalamaualaikum.

lots of love

DIRA DIN ^_^

7 comments:

  1. Sis, izinkan sy guna maklumat ni ya..tq atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  2. salam.. nk tnya.. smua nama saintifik ikan kerisi sama ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry dear...akak x sure la pulak yg 2...huhu...

      Delete
    2. Sorry dear...akak x sure la pulak yg 2...huhu...

      Delete
  3. Menarik..lebih menarik kalau setiap ikan tu disertakan dengan gambarnya sekali.. barulah 'oooohh ini rupanya'..

    ReplyDelete