Post kedua Nad untuk hari nie...Jom baca...
KESAN KEDATANGAN ISLAM KE NUSANTARA/ALAM MELAYU
Terdapat sesetengah
pihak yang mendakwa bahawa kedatangan Islam di Nusantara tidak membawa
sebarang kesan atau pengaruh terhadap masyarakat di rantau ini.
Pendapat ini merupakan satu pendapat yang amat keterlaluan dan
tidak bersandarkan kepada fakta yang sebenar.
Menurut Al Attas, kebangkitan Islam di Tanah Arab telah
bertanggungjawab mewujudkan suatu perubahan baru atau “Zaman Baru” di
Eropah. Begitu juga dengan
kedatangan Islam di Nusantara juga membawa suatu perubahan di sini. Pendapat ini nampaknya lebih konkrit dan berasas, kerana
kedatangan Islam ini telah membawa satu bentuk persambungan dan perubahan.
Dengan kata lain, kedatangan Islam telah membawa pelbagai perubahan
tetapi masih terdapat unsur-unsur tradisi dan kefahaman yang bercanggah
dengan Islam. Antara
perubahan yang berlaku adalah seperti berikut:
Pengaruh
dalam Bidang Politik
Dari segi politik, terdapat perubahan yang
jelas apabila wujudnya kerajaan-kerajaan Melayu-Islam yang berpunca dari
gerakan dakwah Islamiah oleh mubaligh-mubaligh dan ulama-ulama ke rantau
ini. Di Nusantara terdapat
masyarakat Islam yang dikenali sebagai Ta-Shih pada tahun 674 M.
Ini adalah suatu panggilan kepada orang-orang Arab atau Farsi Islam
di rantau ini yang terdapat di
pantai barat Sumatera dan Jawa.
Masyarakat Ta-Shih
adalah yang dikaitkan dengan sebutan Che-Po (Jawa) yang menemui
Ratu Siam dari Kerajaan
Ho-Ling (Kalingga) yang terletak di Jawa Timur.
Jadi, pada abad ke-7 sudah wujud penempatan ini dan dikatankan
pengaruh Islam telah menjalar dalam pemerintahan Srivijaya.
Dengan pengislaman Raja Jambi yang pertama
di Nusantara telah mewujudkan kerajaan yang bertukar corak menjadi
kerajaan Islam yang terkenal dengan “Kerajaan Sribuza Islam”.
Kerajan ini tidak panjang kerana telah diserang oleh Dinasti
T’ang.
Pada abad ke-9 M
telah muncul kerajaan Islam Perlak. Raja
pertamanya ialah Sultan Maulana ‘Abdul Aziz Shah.
Kemudian pada abad ke-11 M wujud
pula kerajaan Samudera-Pasai.
Di Semenanjung Tanah Melayu, lahir sebuah keraajn yang terkenal
dengan “Kedah Dar al-Aman” pada kurun ke-12 M.
Rajanya telah memeluk Islam dan menukar nama kepada Sultan Muzaffar
Shah. Baginda telah melantik ulama sebagai guru dan penasihat
kerajaan.
Pada kurun ke-15 muncul pula kerajaan
Melaka. Rajanya yang pertama
dikatakan telah memeluk Islam pada tahun 1414M.
Kemudian muncul kerajaan Acheh dan Kerajaan Johor Riau yang
diperintah oleh orang-orang Bugis.
Walaupun terdapat
beberapa fakta sejarah yang menyatakan yang tergolong dalam zaman kuno di
Nusantara ialah zaman kerajaan Hindu-Buddha manakala zaman moden ialah
kedatangan penjajahan barat. Sebenarnya
kedatangan penjajah baratdi rantau ini bukanlah untuk menghadapi kekuasaan
Hindu tetapi bagi menghadapi kekuasaan Islam.
Dengan itu, jelaslah bahawa Islam tiba di rantau ini sebelum
tibanya kuasa barat. Menurut Harrison,
kedatangan barat ke Nusantara bukanlah semata-mata untuk memonopoli
perdagangan dan penguasaan politik bahkan penguasaan agama.
Bagi menjamin keselamatan negara dan agama,
kerajaan-kerajaan Islam terpaksa menjalinkan hubungan diplomatik dan
persahabatan dengan kuasa-kuasa Islam ketika itu seperti kerajaan Turki
dan India. Kerajaan Acheh
misalnya mempunyai jabatan yang mempunyai tugas-tugas khas terutama dalam
urursan luar negeri. Menerusi
hubungan tersebut, Acheh mendapat bekalan senjata dan penasihat-penasihat
tentera.
Sebagai negara yang
menerima ajaran Islam, unsur-unsur politik Islam yang berbentuk sejagat,
saksama, adil dan bertanggungjawab telah mempengaruhi masyarakat Nusantara.
Konsep pendewaan kepada raja-raja sehingga tahap menyembah telah
bertukar kepada memuliakan seseorang yang memerintah.
Sultan merupakan ketua tertinggi bagi melindungi agama dan adat
tetapi tidaklah dianggap sebagai peribadi yang paling suci seperti Zaman
Hindu.
Oleh kerana raja-raja dan pembesar-pembesar
terdiri daripada orang Islam , maka Agama Islam merupakan agama rasmi
negara yang mendapat berbagai-bagai keistimewaan dan kemudahan seperti
kemudahan penyebaran, pentadbiran dan pelaksanaan hukum-hukum.
Rata-rata struktur
politik kerajaan Islam di Nusantara menggembleng tenaga seluruh rakyat
bagi memperjuangkan dan mempertahan agama Islam, negara dan umatnya.
Justeru, semangat jihad untuk berbakti kepada Allah sama ada dalam
bentuk fizikal dan mental merupakan sebahagian kepada kehidupan mereka.
Pengaruh
dalam Bidang Sosial
Dari segi aspek sosial, bahawa kedatangan
Islam walaupun tidak secara total, berlaku juga beberapa perubahan dan
pembaharuan. Wertheim
berpendapat, kedatangan Islam telah menjadikan golongan bawahan mulai
berasa diri mereka dihargai seperti golongan lain.
Nilai sosialnya tidak sama dengan ajaran hindu yang mempunyai
berbagai-bagai kasta dan kedudukan. Walaupun
begitu, struktur sosialnya tidak banyak menerima perubahan kerana
organisasi sosial seperti negara kota dan corak pemerintahan secara feudal
masih kekal.
Perubahan sosial juga
berlaku dengan adanya revolusi mental yang diketengahkan oleh Islam dalam
masyarakat di Nusantara. Semua
ajaran Islam mengandungi unsur-unsur rasionalisme
yang menekankan konsep kesamarataan di sisi Allah.
Berpandukan dengan konsep rasionalisme ini masyarakat Nusantara
dengan sendirinya menolak kepercayaan tahyul Hindu dan fahaman animisme.
Islam juga menonjolkan unsur-unsur
metafizika yang berkaitan dengan rukun Iman dan perkara-perkara yang
berkaitan dengan Sam’iyyat di samping hukum-hukum syarak. Unsur-unsur ini amat mempengaruhi pemikiran mereka.
Oleh itu, segala tindak-tanduk mereka bukan sahaja didokongi untuk
kesenangan duniawi tetapi juga untuk mendapat keredaan Allah.
Justeru, segala amalan sama ada dari aspek sosial, ekonomi
dan politik adalah berdasarkan pemikiran dan petunjuk Islam.
Pengaruh
dalam Bidang Kesenian
Dalam bidang kesenian
pula, pengaruh Islam dapat dikesan pada batu-batu nisan, binaan-binaan,
masjid-masjid dan perhiasan seperti seni khat dan sebagainya.
Secara umum, pada makam atau batu-batu nisan tersebut terdapat
tulisan-tulisan dan kalimah Arab dan potongan ayat-ayat Al Quran serta
ajaran-ajaran Islam juga angka-angka Arab.
Selain daripada batu-batu nisan, bentuk
masjid juga merupakan karya dan seni bina Islam yang terpenting di
Nusantara. Dari segi corak
dan polanya, bangunan masjid yang menunjukkan kronologi dari abad ke14
hingga ke-18 M masih mempertahankan kelanjutan struktur tradisional.
Walau bagaimanapun, masjid berfungsi sebagai tempat-tempat ibadat
tentulah pengaruh Islam lebih tertonjol dan banyak kelihatan.
Tiap-tiap bahagian bangunannya memebri gambaran kosmologi atau
gambaran alam semesta yang setiap bahagian tersebut mempunyai pengertian
dan peranan.
Pengaruh
dalam Bahasa dan Kesusasteraan
Kedatangan Islam di
Nusantara juga mengilhamkan pengkayaan dalam bidang bahasa dan
kesusasteraan Melayu. Sebelum
ini dikatakan terdapat antara 150 hingga 200 bahasa yang sering digunakan
oleh penduduk-penduduk tempatan sebagai alat komunikasinya.
Dalam bilangan tersebut hanya dua sahaja yang berpengaruh.
Dengan kedatangan Hindu, datang pula bahasa Sanskrit yang
mempengaruhi kedua-dua tetapi ia tidaklah berkembang maju.
Dengan kedatangan Islam ke rantau ini telah
dapat memeperkayakan bahasa dan kesusasteraan Melayu.
Bukan sahaja buku-buku yang berunsur agama ditulis dengan huruf
jawi bahkan berbagai-bagai jenis buku ilmu pengetahuan kesusasteraan
seperti hikayat, cerita-cerita penglipur lara, sama ada berbentuk prosa
atau puisi ditulis dengan huruf jawi.
Penggunaan perkataan Arab yang diasimilasikan ke dalam bahasa
Melayu menambahkan lagi kesempurnaan dan pengukuhan dalam kesusasteraan
Melayu. Bahasa Melayu sebelum
ini merupakan bahasa yang terbatas, kini berjaya menempah kedudukan yang
tinggi dan kukuh sebagai bahasa perantaraan di seluruh Nusantara.
Pengaruh Islam tidak
hanya sekadar menonjolkan perkembangan bahasa dan kesusasteraan Melayu
bahkan berjaya membentuk suatu konsep yang melambangkan identiti kepada
bangsa Melayu itu sendiri. Kejayaan
ini telah sebati dan menjadi tradisi serta budaya masyarakat Melayu. Konsep ini tergambar dalam masyarakat Melayu apabila
mengatakan bahawa Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu.
Pengaruh
dalam Bidang Ilmu Pengetahuan
Pengaruh Islam dalam semua bidang adalah
berpunca dari kejayaan Islam itu sendiri dalam menyebarkan ilmu
pengetahuan dan pendidikannya. Bersama-sama
dengan kedatangan Islam juga telah berkembanglah ilmu pengetahuan dan
pendidikan. Di Melaka
perkembangan ilmu pengetahuan bukan sahaj berlaku di rumah-rumah, masjid
dan surau bahkan hingga ke istana-istana raja.
Fungsi istana selain daripada tempat-tempat belajar dan muzakarah
ia juga berperanan sebagai perpustakaan, tempat penterjemahan dan
penyalinan buku-buku.
Golongan raja-raja
dan pembesar-pembesar bukan sahaja menggalakkan rakyat supaya mencari dan
mendalami ilmu pengetahuan Islam bahkan mereka sendiri melibatkan diri
dalam kegiatan tersebut secara bersungguh-sungguh.
Ulama-ulama asing yang datang bukan sahaja dijadikan guru bahkan
diberi kedudukan yang tinggi dalam hierki sosial yang setaraf dengan
pembesar dan pentadbir.
Rakyat jelata digalakkan supaya belajar di
mana-mana sahaja pusat pengajian ketika itu dengan memberi penekanan
intensif terhadap pengajian Al Quran dan asas-asas agama. Hasil daripada kegiatan agama Islam yang dipelopori dan
diawasi oleh sultan-sultan bukan sahaja dapat menghapuskan buta huruf
bahkan dapat melahirkan tokoh-tokoh agama dari kalangan tempatan.
Secara keseluruhannya,
tidaklah dapat dinafikan tentang kewujudan pengaruh Islam di Nusantara
sama ada dalam bidang politi, sosial, ekonomi, kesenian, bahasa dan
kesusasteraan tetapi juga dalam bidang pendidikan dan pengetahuan.
Namun begitu, warisan tradisi pra-Islam masih diteruskan tanpa
tergugat dan tercemar dalam semua aspek kehidupan masyarakat Nusantara.
Unsur-unsur pra-Islam secara sinkritisme telah memainkan peranannya
seiring dengan unsur-unsur Islam. Walaupun
wujudnya perubahan besar akibat dari kedatangan Islam tetapi kita juga
harus mengakui tentang adanya kesinambungan tradisi
dalam masyarakat Nusantara.
Hope semua enjoy dengan perkongsian Nad kali nie...huhu
Assalamualaikum...
lots of love
DIRA DIN ^_^
assalamualaikum miss, sy nk tnye dari mana miss dptkan sumber sumber ni semua?
ReplyDeletesy nk buat assignment dan lecturer tak galakkan amik sumber daripada blog
tp sy rase huraian miss ni tersusun, jd boleh tk sy nk tahu fakta ni miss dpt dari mana.
tq.
assalamualaikum miss, sy nk tnye dari mana miss dptkan sumber sumber ni semua?
ReplyDeletesy nk buat assignment dan lecturer tak galakkan amik sumber daripada blog
tp sy rase huraian miss ni tersusun, jd boleh tk sy nk tahu fakta ni miss dpt dari mana.
tq.
assalamualaikum miss, sy nk tnye dari mana miss dptkan sumber sumber ni semua?
ReplyDeletesy nk buat assignment dan lecturer tak galakkan amik sumber daripada blog
tp sy rase huraian miss ni tersusun, jd boleh tk sy nk tahu fakta ni miss dpt dari mana.
tq.
Srry ya lmbat balas... actually xingat amek kat man benda nie sbb dah lama... tapi meybe boleh rujuk pada link dibawah http://www.oocities.org/tamadunislam/kesan_kedatangan_islam.htm
Delete