Sayonara 2012...welcome 2013...
Assalamualaikum ya akhi& ukhti sekalian....
Camner rasa nak menjengah ke tahun 2013 ....well sedikit terkilan bila x dapat tengok filem monsun...but bila menjengah ke fb seorang sahabat n baca dia punya post...tetiba rasa syukur yang amat x pegi sana...kenapa?...sbb my friends cakap kenapa kita perlu nak sambut sangat tahun baru dengan benda2 macam 2...kan lebih elok kita buat kenduri doa selamat ke...buat bacaan yasin ke.......ok Nad mmg setuju sangat part yang 2...hehhe...so tiket yang dah dibeli simpan wat kenangan....hehehe...
Ok now sebagai penutup tahun 2012 nie Nad nak post la pasal jodoh nie...Mana la tahu ada antara akhi& ukhti nie bakal bertemu jodoh memasing tahun depan....ehehehe... just panduan je tau....
Petanda Dia Adalah Jodoh Kita
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan
cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan
minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon.
Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi,
apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah
calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan,
jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang
kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat
kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila
bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin
berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa
sedikit kehilangan.
3.Terima Kita Seadaanya
Apapun
kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin
dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang
mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang
penting, siapa kita sekarang.
Biarpun dia tahu yang kita pernah
mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia
tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah
silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia
menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa jujur
Dia
tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam
agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan
perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia
menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya,
kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi
faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur,
sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.
Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran
yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi,
dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu
dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita
mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita
selamat di tangannya?
Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling
percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani
mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada
kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain.
Satu lagi, kita
tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat.
Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah
individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka
masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup
ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara
sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang
dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas
masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua
ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan
semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya
bersama.
Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada
masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya.
Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus.
Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami diri kita
Bagi
pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa
kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi
penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di
kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu
bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira
ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia
mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri
lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’.
Pepatah ini juga
sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui
hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon
yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang
mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan
kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia
menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia
kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan
senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya.
Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya,
apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia
tidak menghalang kita daripada melawatnya.
Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam
yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria
batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.
Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat
menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin
dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan
untuk kita?
Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya
perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa.
Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk
melalui mimpi atau gerak hati.
Mimpi memang mainan tidur,
tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya
Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat
petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.
Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini
adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya
diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di
dunia ini hanya sementara.
Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Ranya sampai sini dulu Nad post untuk tahun nie...sesungguhnnya banyak kenanganmanis tercipta tahun nie...namun demikian banyak juga kenangan yang pahit untukpanduan dimasa hadapan....
Tahun nie lah Nad habis study di matrik...Tahun nie juga Nad berjaya masuk universiti...tahun nie Nad berpisah dengan praktikum dan teman tercinta...namun tahun nie juga Nad mula bertemu dengan kawan2 yang baru...sesungguhnya...kenangan yang tercipta pasti x dilupakan... Moga lembaran kenangan tahun hadapan lebih bermakna...dan Nad juga berharap Nad akanjadi muslimah yang lebih berjaya pada tahun hadapan...doakan Nad ea..hehe..doakan juga agar Nad bejaya dalam apa jua yang Nad lakukan...
Kenangan yang tercipta bukan untuk dilupakan...namun untuk diingati dalam ingatan...
salam sayang buat semua
lots of love
DIRA DIN ^_^
No comments:
Post a Comment