Saturday, December 15, 2012

Antara haiwan tercomel yang hampir pupus....

Assalamualaikum ya akhi & ukhti sekalian..

Semalam Nad berpeluang menghadiri program bicara rakyat di UMK Bachok...mmg best walaupun kami disirami dengan hujan rahmat yang mencurah turun..hehe..sempat jumpa kawan2 matrik yang study kat UMK Jeli...hilang kejap rindu nak jumpa diorang sume...

Now Nad nak share maklumat pasal antara haiwan yang comel yang hampir  pupus....Nak tau jugak ler teeewww....Jom tengok kat bawah nie...

                    ANTARA  HAIWAN COMEL YANG HAMPIR PUPUS DI DUNIA....


1. SAND CAT




                                                                       Kembar?...
                                                                 Rehat jap...kekeke

Comel x...comel kan...rasa nak bela jer ...Sand cats (kucing pasir) merupakan satu-satunya spesis dari keluarga kucing yang tinggal di padang pasir, terutamanya di kawasan padang pasir di Afrika Utara, Asia Barat dan Asia Tengah. Sejak tahun 2002 kucing pasir ini telah disenaraikan sebagai haiwan yang terancam oleh IUCN (International Union for the Conservation of Nature) kerana penurunan populasi yang mendadak.Mempunyai berat dari 1.4 hingga 3.4 kg...si comel nie dapat hidup hingga 13 tahun...Sesaper tolong bagi kat Nad....hehe..comel sangat..

2.SEA OTTER


                                         Apa tengok2 ...org nak rehat pown x senang...p maen jauh2...

                                                          Ahhh....comelnya saya...kekeke
                                         Psttt...org yang tgh baca article nie comel tau...ngehehe


Kyaaaaaaaaaa.....comelnya.....kekeke...menpunyai berat antara 14 hingga 45 kg...Ayarkkkk...berat seyh....ngehehe...nnt diet ea...senang nak kidnap...kekeke..Sea Otter ini hampir pupus disebabkan aktiviti pemburuan yang ingin mengambil bulu mereka,Populasi haiwan ini di Barat Laut Pasifik berkurangan kepada kurang daripada 2000 ekor pada awal abad ke-20...namu yang demikian populasinya kini semakin bertambah dengan kempen 2 kesedaran yang dijalankan serta program pembiakan yang dilakukan oleh pihak penguasa tempatan...panjang dia 1.2 m-1.5 m...amboih nak sma tinggi ngan Nad...hhehe,,comel kecik nie mula mencari makan pada waktu pagi  berhenti tido kejap pada waktu tgh hari....

3.FENNEC FOX

                                                 Hello nama saya fennec fox...comel x saya...

Panjangnya telinga...but still comelkan...kekeke..dapat hidup hingga 14 tahun..Fennec Fox yang mendiami kawasan Afrika Utara dan Timur Tengah ini masih lagi belum dianggap sebagai haiwan yang terancam namun habitat mereka menerima ancaman dari aktiviti perlancongan dan pembangunan. Telinganya yang besar membantu untuk memburu pada waktu malam dengan berfungsi untuk mendengar pergerakan mangsa di bawah tanah dan menyejukkan badan daripada haba padang pasir.Mempunyai berat dari 0.68-1.6 kg..alolo..ringan la dia....musuh utama ialah burung helang...sbb dia ringan so senang nak kena tarik naik atas...huhu..cian dia...

4.MANDARIN DUCK..





Waahhhh...striking nyerrr kaler dia....kekeke..tadi terjah google rasa cam nak menjerit...Lawanya warna!!!!!!!!!...hehe..tapi yang kaler terang2 2 jantan...yang betina biasanya berwarna sedikit pudar..
Mandarin Duck nie  mendiami Asia Timur.Namun   pembangunan telah mengurangkan spesis itik ini tapi ianya masih lagi boleh dijumpai di beberapa kawasan di Asia Timur. Menurut BBC, itik ini salah satu jenis itik yang tidak diburu untuk dimakan kerana rasanya yang sangat tidak sedap..Naseb baek x sedap kalu x konfem dah lama pupus...populasi terbesar dapat dijumpai di England dan Jepun. Dapat membesar antara 17-20 inci..Bertelur antara 9-12 biji. Dianggap sebagai simbol kekayaan..
 

5.EGYPTIAN TURTLE
.Alolo...keciknya dia...besar jari jer...nie anak dia laaaaaa...Egyptian Tortoise  yang juga dikenali sebagai Kleinman's tortoise atau Leith's tortoise ini dianggap dalam keadaan terancam yang kritikal. Ianya dipercayai sudah pupus di Mesir, mmg pelik..., sebab namanya Egyptian Tortoise tapi tak boleh dijumpai di tempat bersempena dengan nama kura-kura ini. Ribuan sudah dihantar ke Amerika dan lain-lain negara dengan tujuan pembiakan dalam kurungan.


6. MATSCHIE'S TREE-KANGAROO


                                                  Alolo ...comei nyaaaaaaa..kiss ckit...muahhhh..ehehe

                                       Yang nie bwu real kalau nak buat teddy bear..grrrr...kekeke

Dalam banyak2 binatang aq rasa nie paling comel...kekeke...nie la dia kanggaru pokok..Spesis kangaroo pokok ini hanya boleh dijumpai di kawasan hutan hujan di Australia, Papua Barat dan Papua New Guinea, pada ketinggian kira-kira 11,000 kaki. Tidak seperti kangaroo yang biasa, spesis ini tinggal di atas pokok dan bergayut dari satu pokok ke pokok yang lain dengan menggunakan anggota badannya yang kuat. Disebabkan habitatnya yang terhad, IUCN menganggap kangaroo pokok ini berada dalam ambang kepupusan...Kesiannnn..panjang 810mm..berat dari 9-11 kg...berat gak...purata hidup kalau yang kat zoo lebeh kurang 20 tahun..yang hidup kat hutan maybe dalam 14 tahun ...dia makan semua dari bunga , serangga, akar pokok, daun...semualah..

7 IBERIAN LYNX


                                                                        Cak...ehehe



Wheeeewww...da macam harimau bintang..tapi x pelik pown kan diorang satu family...sah2 la samakan...Iberian Lynx yang berasal dari Sepanyol dan Portugal ini dikhabarkan bakal menjadi spesis kucing pertama bakal pupus sejak 2000 tahun yang lepas, yang kini menjadi kebimbangan WWF. Apa yang lebih membimbangkan ialah disebabkan oleh pembangunan manusia dan kehilangan tempat tinggal, hanya terdapat kira-kira 38 ekor Iberian Lynx betina yang masih tinggal untuk membiak.Panjang kucing nie ialah85-110cm..berat purata ialah 12.9 kg...ayarkkk...berat macam budak darjah satu..hehee..makanan biasanya ialah arnag, rusa, rodent..n lelain..

8.GIANT PANDA


                                                 Mak kite cakap...jgn duduk macm 2 nnt jatuh...
                                                                Saya ngantuk lahhhhh
Sapa x kenal binatang kat ats nie....Kungfu Panda tengok x....kalau tengok mst tau punya...heheh Spesis binatang ni memang rasanya sudah ramai yang tahu berada dalam ancaman kepupusan. Kalau tidak, takkan WWF nak letak panda ni menjadi logo mereka. Dipercayai hanya tinggal kira-kira 3000 ekor di habitat liar. Walaupun pelbagai usaha giat dijalankan, namun panda ini tidak mampu untuk membiak dengan baik ketika berada dalam kurungan dan di habitat liar, ianya terdedah kepada ancaman pemburuan haram. Dengar cerita Malaysia nak bawak masuk panda nie x lama g...boleh lerrr kita tengok yang real punya....Panjang purata ialah 1.2-1.8 meter n mempunyai berat purata 100-115 kg...makanan utama ialah buluh...Kerajaan China tengah rancak dalam menjalankan kempen pemuliharaan Panda nie...



Sampai cnie dulu entry kali nie....ehehe...lain kali Nad post lagi k...kena wat research dulu bwu bley post...ehehe


Assalamualaikum...

lots of love

DIRA DIN ^_^

No comments:

Post a Comment