Tuesday, February 5, 2013

Seksaan bagi orang-orang yang meninggalkan solat

Assalamualaikum ya akhi & ukhti sekalian

Semoga terus berada dalam limpah kurnia ilahi  ....

Malam tadi x boley tidow...sape suruh minum kopi pukul 12 malam...terus cerah bijik mata..wakekeke.. memula just nak siapkan taip2 kerja yg abah bagi 2...then rasa cam ngantuk 2 yang pegi buat kopi..dah siap semua..tengok my brother tengah simpan2 baju kat depan..lepak jap ngan dia..borak2 about isu2 semasa...tengok2 dah dekat kul 2...

Masuk bilik...amek buku...baca...sedar2 dah kul 5..so..bagi mgelakkan terlepas subuh...tahan jerlah mata nie....huaaaaaaa...ngantuk..tapi x mo tdow...so..buat another cup of coffee n buat jemput2 jagung...yummmmieee..hehe... n mengupdate entry dalam kemamaian..huhu....

Moh le kita baca2 perkongsian kat bawah nie....moga2 dapat meningkatkan  taraf iman dalam diri....


:Seksaan bagi orang-orang yang meninggalkan solat::

Orang yang tidak sembahyang akan diseksa dengan 15 seksa; 6 daripadanya akan diterima di dunia, 3 seksa tatkala hendak mati, 3 seksa lagi ketika berada di alam kubur dan 3 seksa lagi di hari kiamat :-.

6 seksa semasa hidup di dunia:

1. Ditinggalkan berkat pada umurnya.

2. Allah akan menghapuskan tanda-tanda orang salih daripada mukanya.

3. Tiap-tiap amal yang dikerjakan tiada diberikan pahala kepadanya.

4. Segala doanya tiada diperkenankan oleh Allah.

5. Dia dimarahi dan dibenci oleh segala makhluk di dunia.

6. Tidak ada baginya bahagian daripada doa orang-orang salih.



3 seksa tatkala hendak mati:

1. Dia mati dalam kehinaan.

2. Mati dalam keadaan yang sangat lapar.

3. Mati dalam keadaan yang sangat haus, sehinggakan jika dituangkan kepadanya sekelian air laut di dunia ini, dia tetap merasa tidak puas


3 seksa ketika di alam kubur:

1. Disempitkan kuburnya.

2. Dinyalakan api, di mana dia akan membalik-balikkan dirinya didalam bara api itu.

3. Allah mngerahkan ular yang paling besar untuk menyebat mayat itu, yang mana dinamakan ular itu 'SHAJKUL AKRAK' dan ular itu akan berkata, Sesungguhnya aku telah disuruh oleh Tuhanku untuk memukul engkau dari Subuh hingga ke Zuhur, dipukul pula hingga ke Asar dengan sebab engkau sia-siakan waktu Zuhur. Begitulah seterusnya tiap-tiap hari dan malam sehingga hari kiamat.


3 seksa di hari kiamat:

1. Allah memerintahkan malaikat azab agar menghela orang yang tidak sembahyang itu ke dalam neraka.

2. Allah menilik pada orang yang tidak sembahyang itu dengan tilikan yang murka.

3. Allah akan mengira orang yang tidak sembahyang itu dengan kiraannya yang paling berat dan terus disumbatkan ke dalam nerakasebagaimana firman Allah yang bermaksud, "Apa yang membawa kamu ke neraka?

" Mereka menjawab, "Kami , tidak sembahyang."
 
Hurmmm...moga2 kita x tergolong dalam golongan kat atas nie....mmg susah nak berubah ..tapi buat slow2...insyaallah...kita kan berjaya...
 Owh...semalam budak2 kelas Nad masa kat matrik dulu kecoh kat Fb group..nak wat reunion la konon2nya...harap2 jadik...rindu kowt kat hangpa2 suma.....especially Jannah,Maryam, Safna ,Syasya, Azrul, Wani, Mirul, Ima...n senang citer semua lah.....huaaaaaaa...rasa macam nak balik zaman matrik....rindu dengan kawan2...lecturer yang superberb....like sir AB, puan Ija n Pn Husna...jasa mu x kan kulupa....ok stop b4 keluar cter yang lebeh panjang...take care okeyh...salam sayang buat semua
Assalamualaikum
lots of love
DIRA DIN^_^
 

No comments:

Post a Comment